Home

Serai

Benih

Baja

Forum

Contact

Penyediaan Tanah

Penanaman

Penjagaan

Penuaian

Tepung Serai

Minyak Serai

Benih-benih sayur berkualiti dari KitoNego.


58 ekor lembu daging sedia untuk dibuat penghantaran.

 


Baja Organik untuk semua jenis tanaman sedang dipasarkan.


Penggemar bunga hiasan di sekitar Taiping boleh mendapatkan bunga-bunga paten baru dengan gubahan-gubahan menarik untuk perkahwinan, pertunangan atau apa-apa majlis di :


Dari Penjual kepada Pembeli

Serai bagi masyarakat Malaysia adalah merupakan penyedap masakan. Serai ditanam dibelakang2 rumah dan di gunakan apabila surirumah merancang untuk memasak masakan terutamannya Tomyam ataupun Rendang. Pasarannya lebih tertumpu dikedai-kedai runcit, restoran masakan Thai dan pasar-pasar borong.Serai masih lagi berada ditahap yang belum dikomersilkan.

Di Malaysia hanya beberapa kilang memproses serai telah dibangunkan untuk pembuatan seperti sabun dan kosmetik. Penggunaan Kandungan Serai masih belum diteroka sepenuhnya.

Rawatan-rawatan alternatif mula membuka mata terhadap serai. Kandungan citral didalam serai dikaji sebagai pembunuh sel-sel barah atau kanser.

Serai adalah satu tanaman yang akan memberikan potensi tinggi untuk pasaran yang luas dan komersil.

Tanaman kontang ini amat senang untuk ditanam dan dijaga. Peralatan yang ringkas, cara penanaman dan penjagaannya amat mudah berbanding dengan penanaman tanaman lain.

Disebabkan aroma dan rasanya yang kekelatan serta daunnya yang kesat, kebanyakan binatang tidak suka kepada tanaman ini. Ini mengurangkan risiko kepada musuh. Ulat batang adalah perosak kepada Serai tetapi boleh ditangani dengan TIDAK  menggunakan baja kompos

Penanaman Serai secara komersil masih diperingkat baru di Malaysia, peluang masih terbuka luas. KitoNego mengorak langkah dengan meneroka pasaran untuk Serai di dalam dan di luar Negara. Hasilnya ladang-ladang serai mula bertapak. Nilai Komersil Serai semakin tinggi dan penggunaan herba ini akan membantu meningkatkan tahap pendapatan orangramai.

KitoNego adalah syarikat yang unggul dalam menerajui penanaman, pengeluaran hasil dan juga pemprosesan serai di Malaysia.

Layari Laman Web kami ini untuk mengetahui kaedah penanaman serai yang dijalankan.

KitoNego juga menawarkan Konsep Perladangan Kontrak ('CONTRACT FARMING'') untuk penanaman serai

Semuga ianya dan memberikan panduan dan peluang kepada mereka yg berminat dalam penanaman ini